Tuesday, September 20, 2011

Tiger Mike's Kerabu Pucuk Paku

Frens,
This is a simple dish to do. Its so flexible that you can use it as an accompaniment of your BBQ. You can, if you wish, use kerang (si hum) or ikan kembung to give body to the kerabu. I am giving it to you in Bahasa. I you are illiterate in it, get your Indon maid to help. If both of you are buta huruf. too bad, please delete.

Bahan-Bahan:


5 ekor ikan kembung hitam
1 kg pucuk paku
1/2 kg towgeh halus
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1 biji kelapa parut
20 ulas cili padi
3 biji limau nipis
garam secukup rasa
3 keping asam keping

Cara:

A. Cara Penyediaan Masakan

1. Ikan kembung di rebus bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak. Kemudian ambil isinya sehaja dan buang bahagian tulang. Tumbuk isi ikan kembung hingga hancur tanpa mengunakan air. Masukkan ke dalam satu bekas yang besar untuk persediaan digaul dengan bahan lain.
2. Rendangkan kelapa parut (goreng tanpa minyak) hingga naik bau dan tumbuk sedikit hancur, campurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi.
3. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan cili padi beserta sedikit garam dan gaulkan bersama dengan ikan dan kelapa tadi sehingga rata. Campur sedikit garam untuk rasa lebih sebati.

B. Penyediaan Sayur Kerabu

1. Pucuk paku di potong kecil dan direbus dengan air beserta sedikit garam hingga sedikit empuk dan ditapis untuk membuang air rebusannya.
2. Towgeh dicelup selama 3 minit di dalam bekas air rebusan pucuk paku dan ditapis untuk membuang air rebusannya.

C. Penyediaan Kerabu Pucuk Paku

1. Puck paku dan towgeh digaul perlahan bersama dengan bahan-bahan yang telah digaul sebati iaitu ikan kembung, kelapa, bawang merah dan putih serta cili padi. Baha-bahan ini misti digaul rata dan sebati.
2. Perahkan asam limau sambil gaulkan bahan-bahan di atas hingga rasa masam sebati dengan menu kerabu ini.
3. Simpan dalam peti sejuk untuk 1 jam sebelum di hidang (bagi memudahkan aroma rasa kerabu lebih sebati)

Cadangan Hidangan:

Kerabu ini boleh dihidangkan untuk 6 orang makan atau sebuah famili. Ia cuma perlu digaul rata sebelum dihidang dan sedap dimakan dengan apa-apa jua.

Tambahan:

Ia perlu dimakan untuk sekali hidangan sehaja kerana tidah boleh disimpan lebih dari 8 jam (mudah basi kerana adanya kelapa).

SELAMAT MAKAN

No comments: